Wednesday 1 December 2010

KOTA KINABALU, Sabah..



Nama asal Bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana di kawasan ini banyak tumbuhan yang dipanggil pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang, namanya ditukar kepada Jesselton. Nama ini pula diambil daripada nama seorang Pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk membuka dan memajukan bandar ini iaitu Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi Syarikat Chartered yang memerintah Borneo Utara selepas bandar ini dijumpai pada 1881. Nama Kota Kinabalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu, gunung tertingi di Asia Tenggara. Kedudukan bandar ini di pesisir pantai dan membelakangi lereng bukit yang menghijau serta berhadapan dengan Pulau Gaya.
Semua pusat pentadbiran terletak di sini kecuali bahagian Perhutanan terletak di Sandakan. Bandar ini adalah bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa dan merupakan salah satu pelabuhan yang penting dan besar di Malaysia. Pelabuhan ini sentiasa tenang kerana dilindungi oleh Pulau Gaya dan pulau-pulau peranginan seperti Pulau Manukan dan Pulau Mamutik yang termasuk dalam Taman Tuanku Abdul Rahman. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama di negeri ini dan juga untuk ke Semenanjung Malaysia. Kota Kinabalu juga mempunyai pusat pengajian tinggi yang tersendiri iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Univeristi Teknologi MARA (UiTM) serta Kampus Yayasan Sabah (KYS).

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia (Sejarah Malaysia 2000)

P/S : I luv KK...MySpace

2 comments:

gunsirit on 1 December 2010 at 18:43 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dulu kana kasi nama Jesselton dan Api-Api

LennMommaChubby on 2 December 2010 at 08:13 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Iya... Sa rasa cute lagi nama Jesselton owh... hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men