Thursday, 2 December 2010

Finally.......... Signed!



Aku sudahpun berjaya melepasi halangan terakhir. Biggboss sudah sign borang permohonan cuti aku. Leganya hati... Sekarang ni betul-betul tinggal menghitung hari saja lagi. Boss bisinglah juga. Tapi aku pekakkan telinga sahaja. Sista Weii, Bro Stanley dan Ms Yapp ada sama dalam bilik boss waktu tu.

Memang unfair la kalau boss tak approvekan cuti aku (yang ini dia jawab, dunia pun kadang-kadang tak adil) . Dia cakap admin ni bukan macam QS.. bukan macam senior Engineer.... Project Manager... Yang banyak pengalaman... Yang banyak sacrifice... Jadi selama kami (admin department) kerja di sini langsung tidak dihargailah. Bekerja (tanpa bayaran @ percuma) sampai pagi, datang kerja pada hari Ahad, mengorbankan waktu untuk diri sendiri, waktu bersama keluarga dan anak (huhu... i miz my son), tidak dapat datang ke kebaktian (Ahad).... Itu bukan sacrifice?.. Erm... Aku rasa peliklah. Kenapa kebanyakan ( tapi tak semua) orang yang belajar tinggi-tinggi, dapat kerja bagus-bagus (malah jadi boss) ni kadang-kadang terlalu mementingkan diri dan tidak menghiraukan perasaan orang lain. Pangkat dan kedudukan itukah yang melunturkan sifat kemanusiaan diorang?

Agak lama juga boss bercakap. Macam dah jadi mesyuarat singkat pula. Beraninya dia cakap pasal LABOUR RULES....??? Mahu sangat ikut rules tu, bayarlah upah overtime MySpace. Itupun ada dalam rules tu juga. Kalau sesenpun tak sanggup bayar, jangan berani cakap pasal Labour Rules. Leas tu cakap pasal Daily Paid. Aku tak kisahpun... Aku datang, bayar aku.. Aku tak datang, tak bayar aku... Tak rugi apa-apa. Ada lebih banyak masa untuk family. Finally, dia kategorikan cuti yang aku pohon ni sebagai UNPAID LEAVE (termasuk Ms Yapp punya cuti). Yang ni pun aku tak kisah. Yang penting aku dapat balik kampung dan menyambut Christmas dengan family dan anak aku. Memang betul-betul pressure lah di tempat aku kerja ni. Dari dulu sampai sekarang, pihak atasan sentiasa menekan yang di bawah sehingga "kempis". Tak hairanlah dah ramai staff yang lari... (Aku? Mungkin coming soon). Lain kali kalau tak mahu memeningkan kepala dengan karenah staff yang meminta Advance Leave, baik ambil robot sajalah jadi employee.. Yang tu gerenti tak tahu penat. kerja 24jam pun tak letih. Tak perlu makan.. Tak perlu buang duit untuk bayar gaji.... kan lebih senang.

Aku bukan cakap lebih-lebih. Aku bukan orang yang pentingpun dalam office ni. Tapi kalau aku tak ada, sedikit-sebanyak ada jugalah huru-hara. Mungkin orang atasan tidak sedar semua tu. Kalau aku tiada, Siapa buka P.O (stationery)? Siapa angkat phone? Siapa tolong buka pintu? Siapa bancuh kopi? Siapa tukang photostate? Siapa fold drawings? Typist? dll...... Pendek kata aku ni ada jugalah sumbangan dalam company ni. Dan aku dibayar untuk 'sumbangan' aku itu. Aku bukan dibayar untuk dipandang rendah. Aku bukan dibayar untuk disakiti.. MySpace

Panjang lebarlah pula luahan hati aku. Hehehe.. Okeylah... Cerita tentang "kebudimanan" pihak atasan aku berakhir di sini. Kalau perkara ni masih berlarutan, mungkin 'episod' seterusnya akan muncul lagi. Doakan aku supaya aku sentiasa dilimpahi dengan kesabaran. Demi sesuap nasi dan untuk menyara anak aku... huhuhuhu... MySpace


P/S : Aku akan mengintai peluang pekerjaan di tempat lain mulai esok.. MySpace

2 comments:

gunsirit on 2 December 2010 at 17:30 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

I told, you made it. Percaya pada diri sendiri..:)

LennMommaChubby on 2 December 2010 at 17:38 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yess... Percaya pada diri sendiri bh yg pntingkan. Thnx mr. guns (nama baru)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men