Saturday, 4 December 2010

PENATNYA...


Oleh kerana hari ni hari sabtu yang paling lapang, maka ramai staff yang balik tepat pada masanya MySpace. Akupun tidak ketinggalan. Walaupun Co masih di tempat kerja lagi (busy dengan report jualan), aku sudahpun mengemas mejaku dan mula bersiap-siap hendak keluar. Paling penting, internet history perlulah di"clear"kan dulu. Takut kalau-kalau kena check... Nanti boss nampak. Aku ni gemar surfing internet sambil buat kerja. Barulah tak stress... hehe... ( iya la tu...) Beth balik kampung hari ni coz Ahad ni ada seorang kawan dia akan berkahwin. Dia akan jadi "photoghrapher". Good luck untuk diaMySpace ... (Tak dapat lepaklah dengan dia minggu ni).
Aku turun dengan Sista Weii. Diorang ada planing hendak pergi kara-oke. Tapi kali ni aku tak dapat joinlah. Aku sudah janji dengan Co hendak beli baju-baju Christmas untuk family. MySpace

Aku menunggu Co di tempat biasa. 7-11. Tak sampai 15 minit, Co dah sampa. Kami terus ke Foo Chow. Ada jualan gudang di sana. Sudah hampir sebulan diiklankan, tapi baru hari ni kami berpeluang untuk datang. Barang-barang memang banyak. Penuh satu dewan. Pelbagai jenis pula tu. Aku sangka jualan gudang yang digembar-gemburkan ni dengan harga gudang juga MySpace. Tapi kebanyakan aku tengok, sama sahaja dengan harga supermarket. Aku pusing-pusing cari baju untuk Didunne, mama, papa dan nenek. Susah sangatlah cari baju yang sesuai. Orang pula ramai bersesak-sesak di tempat yang sama (bahagian pakaian). Susah hendak pilih. Kepalapun naik peningMySpace . Perutpun dh laparMySpace.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli baju di supermarket saja. Aku terpaksa beli kasut Didunne di sini kerana bimbang di supermarket tak ada size. Yang aku berkenan tak ada size. Yang aku tak berapa tertarik tu pula ada. (Kisah tahun lepas. Penat cari. Sampai ke Putatan).


Kasut Didunne (Size : 28)

kami singgah di Megalong. Pergi cari baju di sana. Tak mahu cari last minute. Mesti orang berpusu-pusu dan kena beratur panjang di kaunter pembayaran. Aku beli baju mama dan papa di dua kedai pakaian yang berlainan. harga berpatutan dengan kualiti yang bagus. Aku tak pilih warna cerah coz mama aku tak suka warna cerah. Alang-alang baju mama tak cerah, aku juga pilihkan warna senada untuk papa... MySpace


~Baju Mama~




~Baju Papa~


Kaki dah penat round-round cari baju Didunne. Tapi tak ada yang sesuai. Budak ni kecil-kecil lagi dah banyak ragam. Kena pilih betul-betul. kalau salah beli, dia tak akan pakai baju tu. Dia tak suka yang sendat-sendat dan berkolar lebar. Tak mahu lengan dan seluar panjang. Erm... MySpace

Puas aku dan Co mencari. Kaki sakit dah (berat badan aku ni yang buat kaki aku sakit kalau terlama berdiri/ berjalan). Nanti selasa ni aku sambung balik cari baju untuk Didunne dan nenek. Penat gila... Aku mengajak Co pulang. Sampai rumah, aku basuh muka dan terus tertidur. Laparpun hilang bila terlalu penat .

P/S : Sebelum tidur, sempat o9 FB sekejap... hehehe.. MySpace

2 comments:

beaty on 6 December 2010 at 12:25 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Psttt apa warna baju ko ?? Sa blm beli lagi

LennMommaChubby on 6 December 2010 at 14:00 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Apa lg warna selain hijau? hehehehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men