Thursday, 23 December 2010

23hb DeCeMbEr 2010 (ThE LaSt DaY)
























Hari ni hari terakhir aku bekerja dalam tahun ni. MySpaceDari hari isnin aku berusaha menyiapkan kerja-kerja aku. Letter Head, Product Profile, Stationery Stock List juga sheet baru P.O & P.R Form yang sudah siap dengan turutan nombor sebagai persediaan awal kepada Sista Weii untuk membuka P.O (stationery) kelak. Mana tahu stock paper (A4 & A3) or etc. tidak mencukupi sepanjang ketiadaanku. Aku juga telah memindahkan fail-fail peribadi aku dari PC. Takut kena 'check'. Aku pergi keluar lunchpun dah kena check, apa lagi dalam tempoh masa yang agak lama... Uhuhuh... MySpace

Pagi tadi sebelum pergi office aku telah meninggalkan pesan yang berjela-jela kepada Co. Antara semua tu, yang paling penting bagi aku adalah memberi makan dan memandikan Noon dan Ten. Mulanya aku hendak bawa Ten balik ke kampung tapi aku akan bertolak petang ni lepas habis kerja (tak balik rumah lagi.. barang-barang aku dah bawa ni...hehe) so tak jadilah aku bawa Ten. Takkan aku bawa Ten pergi ke office sekali.... MySpace

Ada beberapa benda lagi yang perlu aku siapkan sebelum petang. Tak tahu pula pukul berapa kakak aku singgah nanti. Aku hendak kemaskan tempat aku elok-elok. Tu yang penting. Biar sejuk mata memandang. Harap-harap susunatur dan kedudukan buku-buku serta fail masih dalam keadaan yang sama ketika aku balik bekerja nanti... Dan yang aku paling harapkan, barang-barang milik aku tidak 'lesap'... Kadang-kadang pen / pensil / eraser / ruler etc. aku tiba-tiba hilang dan aku temukan 'mereka' di tempat yang lain... (Mungkin tumbuh sayap or kaki untuk bergerak sendiri.

Aku akan merindui deringan telefon, bunyi loceng pintu, gurauan-gurauan (yang melampau) dengan office-mate, monster laugh milik big boss dan waktu bergossip staff perempuan. Harap tahun depan hubungan yang mesra masih kekal, malah bertambah-tambah lagi daripada yang sebelumnya. Good Bye Sisters & Brothers..... Jumpa lagi tahun hadapan....





P/S : Selamat Bercuti Untuk Diri Sendiri... Ehehehehehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~* MaRkETinG

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men