Jadi kawan baik aku Beth mengesyorkan aku untuk menggunakan "heal pharm" ni... Diapun guna ni juga... Ni review dia "heal pharm"by Beth. [dah minta izin untuk 'link'kan review].
Memang betul kata Beth. Benda ni memang bagus . Sebelum menggunakan "heal pharm" ni, pasti kan hidung dibasahlan dengan air untu kesan yang terbaik. Paling bagus, stim muka dulu sebelum melekatkan nose strip ni. Bila pori-pori terbuka, senanglah black/whiteheads tu ditarik keluar.
Berikut ni adalah proses-proses (aku sendiri punya, kalau korang hendak cuba... cubalah...) yang aku lakukan sebelum dan selepas menggunakan "heal pharm"..
~Oleh kerana aku tidak mempunya alat stim muka, aku hanya mengewapkan muka kau dengan mengahalakan wajah ke dalam besen berisi dengan air panas. Paling bagus, gunakan sehelai kain untuk menutup belakang kepala sehingga ke bahagian bawah besen untuk memastikan seluruh wap terhala ke muka. Bagi yang tidak biasa, mungkin ia terlalu panas (memang panas).
[Kadang-kadang aku hanya tuamkan muka dengan towel kecil (tebal) yang sudah aku celupkan ke dalam air panas]
~Selepas tu, aku akan melekapkan "heal pharm" ke atas hidung aku tanpa mengeringkan sisa-sisa wap yang ada di muka. [Selain hidung, aku juga menggunakan "heal phram" ini di bahagian pipi (sebelah kiri dan kanan hidung). Di sana juga ada black/whiteheads. Caranya, sehelai "heal pharm" ini aku gunting menjadi dua bahagian... (tengok gambar)
Ada dua sheet "heal pharm " yang aku gunakan dalam gambar ni.. Yang satu tu di atas hidung dan yang satu lagi, aku potong dua (dilekap di pipi tepi hidung)
~10-15 minit, barulah aku menaggalkan "heal pharm" ini dari hidung dan pipi. [Inilah masa yang aku tunggu-tunggu. Aku suka tengok black/whiteheads yang berjaya diangkat keluar dan melekat di "heal pharm" ni]~Aku akan membersihkan muka aku dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori yang terbuka (kena stim tadi). [Tanpa menggunakan sabun muka. Oh... ya.... Lupa beritahu. Sebelum stim muka tadi kena bersihkan muka dulu dengan facial foam]
~Aku mengeringkan muka dan kemudian mengenakan pelembab.
Siapa yang belum cuba "heal pharm" ni, cubalah dulu.. Belum cuba, belum tahu...
P/S : "heal pharm" tinggal tiga helai. Singgah beli petang ni..
2 comments:
Iya sa pun mau beli suda ni...abis suda stock..hehehehhe
Mana yg bagus beth... Yg itam bagus kaitu?
Post a Comment